| Kijang Care Organization |
|
Kijang Care ditubuhkan bagi mengumpul dan menguruskan sumbangan bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Malaysia yang memerlukannya tanpa mengira bangsa, kaum, ideologi serta agama. Matlamat utama Kijang Care adalah untuk memberikan khidmat serta bantuan kepada golongan kurang upaya, miskin dan memerlukan. Kami berharap sumbangan serta bantuan yang diberikan akan dapat mengurangkan bebanan, meringankan penderitaan serta memberikan keriangan kepada masyarakat yang kurang bernasib baik. Hasrat murni ini akan dapat dicapai menerusi sumbangan ikhlas dalam bentuk wang tunai atau apa jua bentuk sumbangan, sokongan dan bantuan daripada mereka yang prihatin. Kijang Care akan menyalurkan apa jua bentuk sumbangan yang diterima dari penderma kepada golongan yang memerlukan dengan penuh komitmen agar matlamat utama dan hasrat murni Kijang Care akan terlaksana. |
Get the Flash Player to see this player.
